Pages

Followers

Jan 22, 2011

Tesco & Eisya

Pagi macam biasa aku x boleh tido lama....sebab dah biasa paling lewat pun pukul 7pg mesti aku terjaga. Disebab semalam anak kecil Muqry x balik, kerana tido di rumah mak mertua . Maka aku cadang g cari barang dapur di Tesco berdekatan dengan rumah aku saja. Bukan nak cari barang byk sgt pun. Cari yang perlu saja macam minyak masak yang abis stok, sabun2 dan mcm2 lg lah....




Aku pula terpaksa pergi dengan eisya anak perempuan ku sahaja. Abang dan ayahnya pula kena pergi sekolah agama ada activiti gotong-royong. Pagi2 lagi dah bagun x sabar abg nak g sekolahnya, anak jiran juga bersekolah sama dengan abang pun dah datang rumah pagi ajak abang pergi sekali.






Rajin aku agak lain macam ari nie. Lepas balik dari Tesco , ambil adik dan masak ringkas2 mata x boleh tido pula....biasanya aku dah keletihan tido.....Kebetulan mmg ada plan dah lama nak buat bilik anak perempuan aku. Tapi selalunya ada saja halagan dan activiti lain. Ari ni aku dan suami serta anak2 mengemas kan bilik yang 3 jadi bilik anak dara sunti ku itu. Sebelum nie bilik tu jadi stor je......Bagus juga kemas....buang je apa yang x perlu. Penat tapi seronok nak tengok Eisya yang baru 5 tahun berdikari tido dan kemas bilik sendiri. Kita tengok berjaya x dia tido mlm nie....Tapi dia janji akan berani dan suka nak tido sendiri....


Sebelum nie eisya, abang dan muqry berkongsi satu bilik. Tapi bila abang dah sunat, x bagus kalau eisya nampak bird dia. Selalu gaduh kalau nak pakai baju. Malulah kan, kalau eisya asik nampak bird abang saja.
Sebab tu dah dah kena tido berasingan.


Aku makin seronok menulis di blog. Terutama apasal anak2 nie.....jom kita kongsi!!! sharing is caring....!!!

No comments:

Post a Comment