Pages

Followers

Jan 31, 2012

Melawat Bandar Melaka

Isnin suami sibuk dengan rancangan memancing nya di Kuala Linggi, Lubuk China. Aku , anak2 dan ipar juga mertua plan pergi jalan-jalan kota Melaka. Melaka memang panas, sampai x mood sangat nak ambil gambar. Dan aku juga nak gemuk asik makan je….hehe

Antara tempat yang kami lawati Muzium Samudara, Pusing2 Bandar Hilir dan minum coconut shake special di Pantai Klebang. Memang sedap air nie….juga sangat terkenal….sampai dah masuk rancangan Jalan2 cari makan. Dan juga mee kari special…..sedop sgt…hehe
Dah penat balik tido lah….sementara tunggu suami balik mancing aku lepak je…
Alhamdullilah sewaktu aku gerak dari Alor Gajah…masuk highway plus hingga KL…..jalan lancar saja. Mungkin ramai dah balik awal elak Jamm…..



 Berlatar belakang kan mata wang yang di guna masa dulu..


 Eisya & muiz


 Patung2 pedangan yang dtg ke Melaka...


 Abang...


 Cantik permandangan...atas kapal...


 Anak2 ku....

 Plan dalam Kapal....


 Sejarah yang di ceritakan dalam Kapal....


 Singgah minum...coconut shake special di pantai Klebang.... Melaka!!!


Anak dah tido dlm keta....haha

Jan 30, 2012

Taska & Nursery - Muqry & Muqlisya

Dalam dah nak letak gambar anak bungsu aku yang manja nie. Baru nak masuk 4tahun pada bulan November 2012. Tapi aku dah buat keputusan nak antar dia Taska dan Nursery. Sebab dia nampak manja sangat di rumah nenek dan datoknya. Antara sebab lain lebih mudah kami dan ambil dan antar ketiga-tiga anak kami satu tempat. Lagi pun anak memang bagus kalau kita antar sekolah awal2.

Syukur adik tak menagis pun ari pertama antar ke Taska. Sebab masa tu abang dan kakak dia ada sekali. Cuma bila dia balik sekolah… ragam banyaklah kan. Semuanya tak kena. Merengek je. Maklum lah dekat sekolah ada peraturan dan jadual waktu yang dia kena ikut. Tu yang dia penat, dah bagun awal pagi lagi. Mula-mula je, inyaallah lepas 2 bulan oklah tu.
Syukur bila anak2 semua dah pergi sekolah. Sungguh cepat masa berlalu. Yang kakak tahun depan dah Darjah 1 dah. Yang abang tahun nie Darjah 3 , tahun depan Darjah 4…..wah!!!! besar dah anak2 ibu….syukur….mudah-mudahan jadi anak yang soleh dah Berjaya nanti…..amin!!!!


  Anak-anak ibu....abang dah pergi sekolah...


 Tengoklah muka mudak domok nie...mengantuk lagi....


 Eisya nie memang selalu begini...pagi2 dah moody....entah apa yang tak kena pun tak tahu lah....bapak dia kata sama macam ibu dia..... ye ke???.... layan je lah...hehe


Budak manja ibu...hehe

Jan 28, 2012

Abang Zanurin Amal Kawin

Abang aku nie baru saja melansungkan perkahwinannya. Ini isteri yang ke 3 yang pertama meninggal dunia sebab sakit. Yang kedua jodoh tak panjang. Harap2 yang ini kekal lah. Isterinya orang Nilai. Kira duda kawin janda lah….

Wife dia anak bungsu, keluarganya nak buat besar2. Mula memang plan nak nikah je. Tapi hajat orangkan…dia nak bersanding… kami sekeluarga x kisah. Ikut kan aja kalau benda baikkan.
Semua adik-beradik berkumpul ikut rombongan pihak lelaki ke sana. Alhamdullah semua seperti yang di rancang. Selamat sudah semuanya….. Selamat Pengantin Baru, Semoga kekal hingga akhir hayat!!!!


 akad nikah dan batal air sembahyang...


 Berarak serta kompang...


 Bersanding atas pelamin....


 Makan beradap dengan ahli keluarga terdekat...


 Wakil pihak kami yang makan dengan pengantin...abang no. 2 dan adik ipar...


 aku dan anak perempuan ku nie...


 Bersama kak ipar dan anak buah


 Antara yang ikut rombongan pihak lelaki.....ipar duai dan anak2 buah...


 ini salah sorang kakak ipar....yang layan karaoke di sana.....hebat seh!!!



Cik asben dan budak domok....

Jan 27, 2012

iCity, Shah Alam


 Icity, Shah Alam...dekat je kalau ikut highway duke.....tapi selalu cari masa yang betul sesuai nak kesana. Cik asben selalu cakap ramai orang....Dia x suka macam tu. Kebetulan kakak ipar dari Melaka datang sempena abang saya kawin . Tu yang kita bawa dia jalan2 di tempat2 yang menarik di KL nie....

Sukanya anak2....katanya macam kita pergi luar Negara....tapi kami bukan boleh tahan lama pun dalam tu, 30minit je dah keluar....merah2 hidung dan telinga....ada juga yang main golongsor ais. Tapi kami tidak lah...sejuk!!



 Tengok si abang nie....boleh dia posing kat ais tu.....




 Ini suami dan anak2 dlm rumah ais.....cantik!!



 posing time at snow...



 yang nie pula kat lampu2 kat luar.....sangat2 cantik!!


 pokok semua ada lampu....



Eisya posing....mcm ikan duyung!!!

Jan 26, 2012

Kenduri Aruwah di Kampung Melaka


Aruwah mak dah pergi lebih kurang 6 tahun, dan aruwah abah pergi dalam 3 Tahun….sempena cuti panjang aku nak buat kenduri tahlil di rumah aruwah mak Melaka. Lama sangat kami adik beradik x berkumpul di sini.
Kebetulan cuti raya cina ada 4 ari….aku pun ambil peluang tu. Petang ahad aku balik kampong….selepas makeup pengantin di sentul….terus siap2 balik Melaka.
Pada ari Isnin pagi-pagi aku datang rumah mak kemas, susun pingan mangkuk dan buat persedian yang patut. Adik lelaki sibuk pergi panggil saudara-mara dan jiran2 terdekat datang kenduri. Jemputan x ramai dalam 50 orang. Syukur lauk pauk semua habis di makan. Sebab saya tuan rumah....lupa nak ambil gambar2 makanan yang sedop2 tu....

Selepas siap semua kemas dan susun….aku pun balik kampong mertuaku di Kampung Ayer Pa’abas…tak jauh dari kampong mak aku juga. Seronok juga di sana, ramai sedara-mara balik….



Jan 25, 2012

Majlis perkahwinan di D’Villa Felda , Jalan Semarak






Kadang2 kita tercari kat mana sesuai kita ada kan majlis perkahwinan, bertunang, majlis cukur jambul…birthday dan apa saya yang hendak di raikan…

Setelah beberapa kali makeup pengantin di sini….saya jadi jatuh hati dengan tempat nie. Dia ada suasana di rumah….tidak lah terlalu formal….seperti di dewan dan hotel. Di Bandar besar macam Kuala Lumpur nie….tidak sesuai buat di rumah…..kerana ramai yang tinggal apartment dan sebagainya.

Tempat untuk letak perlamin pun ada di sediakan….dan juga tempat karaoke dan juga apa jua muzik….
Sangat teratur dan berpatutan harganya….





Sharing is Caring….

Jan 13, 2012

Cabtree & Evelyn Hamper

Cabtree & Evelyn hamper untuk kawan office yang buat jamuan makan2 sempena merayakan hari Natal.....Memang setiap tahun aku akan ke rumah dia....


Jan 1, 2012

Dinner Dept @ Concord Hotel, Kuala Lumpur

 Memang ini acara tahunan di office saya. Setiap hujung tahu kami akan buat jamuan makan malam....di hotel-hotel sekitar Kuala Lumpur. Tapi kali nie....lebih seronok sebab kami ada kan acara tukar-tukar hadiah. Setiap orang akan bawa hadiah dan akan ada cabutan untuk bagi pada nama yang dicabut.....Seronok!!



 Saya di meja register.....


 Antara orang kuat yang menjayakan majlis pada malam tu.....thanks to shaiful dan poji...


 Tima kasih pada pihak Hotel yang buat arrangement utk malam tu....


 Decoration yang ada di lobbi hotel.....menarik!!



 Antara kawan2 yang hebat yang banyak membantu saya malam tu....Thanks a lot pada Aznita, Awanis dan Hanin.....korang mmg best!!!!


 Makanan mmg best.....

 Pencuci mulut...yg manis2 gitu....


 kesukaan ku pun ada...sushi!!!


 Yang nie lagi best...oyster.....perhhhhhh terbaik!!!!
 my senior....kakak sal dan kakak ida....sporting join kami malam tu....


 Kakak nani yang maintance vouge....pun byk membantu....thanks sis!!!