Aruwah mak dah pergi lebih kurang 6 tahun, dan aruwah abah pergi dalam 3 Tahun….sempena cuti panjang aku nak buat kenduri tahlil di rumah aruwah mak Melaka. Lama sangat kami adik beradik x berkumpul di sini.
Kebetulan cuti raya cina ada 4 ari….aku pun ambil peluang tu. Petang ahad aku balik kampong….selepas makeup pengantin di sentul….terus siap2 balik Melaka.
Pada ari Isnin pagi-pagi aku datang rumah mak kemas, susun pingan mangkuk dan buat persedian yang patut. Adik lelaki sibuk pergi panggil saudara-mara dan jiran2 terdekat datang kenduri. Jemputan x ramai dalam 50 orang. Syukur lauk pauk semua habis di makan. Sebab saya tuan rumah....lupa nak ambil gambar2 makanan yang sedop2 tu....
Selepas siap semua kemas dan susun….aku pun balik kampong mertuaku di Kampung Ayer Pa’abas…tak jauh dari kampong mak aku juga. Seronok juga di sana, ramai sedara-mara balik….
No comments:
Post a Comment