Pages

Followers

Jan 31, 2011

Revicon (vitamin)



Pada mulanya aku batuk, selsema dan demam. Bila dah 3 ari x baik aku pergi klinik panel dekat office. Dan selepas semingggu batuk dan sakit tekak masih x baik.....pergi klinik lagi. Lepas tu doktor bagi antibiotik, ubat2 lain aku mintak lah vitamin. Sebab sejak akhir2 nie kesihatan agak teruk dan badan selalu letih je. Mula aku mintak Evervon C, vitamin nie aku biasa ambil. Buat aku x letih dan bertenaga sikit. Maklumlah sekarang dah tak ada maid. Semua keja rumah kena buat sendiri.

Tapi dok tor tu x bagi Evervon C nie. Dia kata Revicon lagi bagus. Selain daripada revicon, doktor bagi vitamin E dan vitamin C. Alhamdullilah.... lepas ambil semua vitamin nie aku jadi lebih bertenaga. Malahan kalau ari cuti pun aku x tido tengahari. Kalau tidak memang tido lah keja aku.

Dan yang paling ketara, aku nie ada masaalah sembelit. Sebelum ni puas makan ubat macam2 nak kasih perut aku nie membuang. Sekarang tidak lagi, setiap bagun pagi aku akan ke tandas....barulah sihatkan. Sebab kalau tidak akan jadi toksik dalam badan.

Untuk panduan bersama inilah infor yang aku dapat dari internet kebaikannya seperti berikut:-

Revicon Forte Tablet is a nutritional supplement that provides essential vitamins, minerals and amino acids to maintain general good health. It protects against nutrient deficiencies during illness and other stressful conditions.
What is Revicon Forte Tablet for?
·         It is a complete vitamin/mineral supplement that gives the following benefits:
·         * Promotes general good health
·         * Helps in the formation of healthy red blood cells
·         * Has Iron, B6, B12 and copper to prevent anemia
·         * Improves mental and physical well-being
·         * Includes Lysine and Menthionine for muscle tissue building
·         * Fights fatigue
·         * Improves stamina during stressful physical activities

Sharing is caring......

Jan 30, 2011

Kari Kepala Ikan Merah

Dah lama aku x masak dirumah. Bukan apa, aku tengah berdiet. Nanti kalau masak membazir je. Anak pula x abis2 dengan ayam goreng. Masak lauk-pauk pun aku jugak yang makan. Suami pula makan ikut mood. Kadang2 makan....kadang2 x. Kan membazir namanya. Kebetulan aku ada tetamu dari melaka, nenek suami, so masak lah best2 boleh makan ramai2 kan.

                     Ini lah kari kepala ikan.....ada bendir, tomato dan cili...

Oleh kerana selalu sangat makan ayam. Menu aku ari nie ikan merah. Mula suami suruh masak sup, tapi kalau sup dah selalu sgt aku buat. Kalau boleh aku nak masak sesuatu yang jarang aku buat. Maka aku pilih masak kari kepala ikan. Sedap juga kalau masak bersama bendi, tomato dan cili2....hiyasan lah konon.

                Sayur sawi pendek goreng.....


Punya sedap makan...lupa nak ambil gambar dipinggan sendiri. Memang kepuasan bila makan dirumah.


                              Sambal belacan.....x nie x lengkaplah.....pedas, masam semua ada...

                                Ikan dan ayam goreng untuk anak2......


Selamat menjamu selera....hmmmm

Jan 29, 2011

Sebalik Tabir Mekap model today.

Sebenarnya aku dah lama merancang dan berangan nak buat gambar photoshoot seperti nie dengan kawan sepejuangan. Tapi di sebabkan ada byk pekara yang di fikirkan. Rancang itu masih dalam perbincangan. Boleh kan seorang lagi rakan mekap artis....nie tiba2 call ajak g mekap shooting. Teperanjat jugak lah sebab....jarang dia ajak projek mcm nie. Tapi dalam fikiran aku apasalnya aku cuba.



Walaupun aku x pandai langsung perjalanan ke Taman Medan 8, PJ nie. Atas bantuan GPS (poji tolong settingkan) aku dapat mencari butik pengantin. Dimana tempat untuk mekap model yang disediakan. Sampai rupa2nya masih awal. Sarapan pun ada di sediakan. Apa lagi belasah dulu lah. Nanti bila dah mekap...... x ingat apa dah.



Mekap pada aku satu kepuasan bila tengok orang yang kita mekap tu ....cantik. Bila aku di suruh mekap sorang model nie.....mulanya aku agak gigil jugak lah kan. Sebab model nie....biasa mekap dengan mekap artis. Takut jugak mekap aku x setanding dengan mekap2 artis yang lain.

Tapi dalam hati 'aku boleh'......tapi kali nie aku dapat rasakan aku mekap dengan tenang sekali. Syukurlah hasilnya sungguh puas hati.



Baju Mandi

Dalam perancangan nak pergi PD minggu depan. bukan apa sempena menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke 9tahun. Syukurlah aku di panjang kan jodoh. Walaupun aku nie angin x bertempat. Sabar juga suami aku dengan aku.Teringin juga nak pergi jauh....tapi ada hal lain pula. Kalau dah PD apa lagi dalam fikiran kita kan...Mestilah mandi-manda. Lagipun dah lama x bawa anak2 berjalan2. Cuti sekolah ari tu x dapat kemana-mana, Sebab abang nya bersunat. Ini lah masa yang sesuai rasanya.





Aku memang ada baju mandi, begitu juga dengan anak2. Cuma suami aku nie, seluar mandi tu adalah. tapi dia nak pakai baju pulak. Katanya....malu pulak orang tengok badan dia. Kalau pakai T-shirt x boleh pulak main2 gelongsor tu...dah rugi2. Aku kena lah cari baju mandi dia. Aku nie kalau beli apa2 x da tempat lain dah.... mesti sogo. Bukan apa....aku rasa selesa cari barang disitu..... senang, murah dan semua ada.




Cari-cari jumpa satu baju nie.... oklah kot....paling murah nie. Baju mandi nie kalau x offer semuanya mahal2. tapi x pa, boleh tahan lama.

Jan 28, 2011

Sushi

Sebelum nie aku x pernah nak bawa anak makan sushi. Sebab aku fikir dia orang mesti x makan benda2 macam nie. Lagi pun suami aku pun agak kurang gemar makanan jepun nie. Tapi malam tu aku teringin sangat nak makan sushi nie. Aku nie sebenarnya dah jadi SLA....tiap mulan mesti nak makan kat sini. Tak boleh lah selalu...sebab mahallah jugak.

Eisya pandai makan sushi


                                                            Air pilihan eisya....sedap



Sedap....nya


Ini lah kali pertama aku bawa anak aku ke sana. Yang kecil x bawa, sebab takut keadaan x boleh di kawal. Silap2 budak montel tu duduk tempat sushi berpusing tu.....baik x payah lah. Dia memang tengah lasak....gitu.

Abg pandai makan guna chop stick


Air pilihan abang


Anak yang perempuan tu suka betul makan sushi. Abang dia sama macam bapak dia. Makan yang goreng2 boleh lah. Suami aku kata, anak perempuan aku mmg sebijik perangai aku...he he...lebih kuranglah kan.. Suami dan anak lelaki aku x kenyang makan kat sushi. Dia dengan abang nak beli nasi ayam linda onn. Aku pun makan dekat ampang....kat situ kan ada mcm2. So maknanya....lain kali aku boleh lepak dengan eisya je lah.....cayalah girl.
Tempura..... apa tah nama dia


                               Banyak juga aku makan dengan budak2 nie.......

Terbaik Dan Terbabas!!!

Semalam memang dah plan nak makan lontong terbaik nie. Tukang belinya helmi sebab dekat rumah dia, memang sedap dan terbaik lontongnya. Dan ada kawan sorang nie, dengan baik ati nak belanja sarapan kami semua di bilik kebal nie. Untuk siapa yang sewaktu dengannya ya. Rezeki kan....


Sejak aku masuk IS dept nie....memang susah kurus. Sebab senang ati di sini, makan sedap dan kawan pun best. Walau pun boss aku agak kureng sikit. Tak pa lah layan je. Janji dia x kacau hidup aku.


Bila makan lontong nie....teringat mak aku. Memang sedap sebijik macam mak punya masakan. X pekat sangat dan x cair. Just nice. Aku suka giler, ada sotong, ada pegedil sambal banyak dan kawan aku yang tolong beli nie pun hebat ....letak kan kacang goreng lagi....perhhhhh...
Jangan jeles ya.....tengok sampai licin tu....

Sejuk Perut Ibu

Aku agak lewat balik keja , sejak eisya anak perempuan aku nie dah bersekolah tadika. Suami lah yang ambil balik tiap2 ari. Dulu eisya nie agak susah nak ajar dia. Dia selalu bagi alasan penat lah....dan macam2 lagi alasan dia. Bila seminggu sekolah dah pandai tulis A B C..... kagum gak aku.Semalam bila aku balik malam, dan bila aku bagi salam. Biasanya eisya yang akan buka pintu. Tapi semalam abang dia pulak buka pintu, Aku cari mana eisya?? Rupa-rupanya tengah mengaji Iqra dengan adah dia (panggilan untuk bapaknya). Sejuk ati aku, tengok dia dah mula mengaji.

Sebelum nie aku mmg selalu cakap dekat suami. Kalau boleh biarlah bapak dia yang ajar mengaji, lagi berkat. Syukur lah seperti apa yang aku harap kan. Sejak suami belajar mengaji semula di berdekatan office. Tu yang bila dia mengaji di rumah, dan dia ajarlah juga anak2 dia.



Tapi aku agak terkejut juga....tengoklah gambar anak ku ini. Pakai telekung tapi nampak rambut. Fesyen jugak anak ku ini.

Jan 27, 2011

Tabung Anak2

Tabung untuk anak2. Aku berusaha berikan yang terbaik untuk anak2. Abang dan eisya memang dah ada lama tabung dia. Cuma adik aje yang x da lagi. Abang dia memang aku beri belanja sekolah RM2 sehari. RM1 di sekolah pagi, RM1 sekolah agama. Tapi anak aku nie aku biasanya jarang abiskan duit belanja sekolah. Sebab ari aku juga bekal kan untuk makanan waktu rehat dan air. Memang aku ajar anak untuk menyimpan. Aku selalu kata kat anak2 bukan senang nak cari duit. Ibu dan adah (panggilan untuk bapanya) kerja untuk cari duit. Kalau boleh jangan membazir.


Eisya dengan tabung elmo

Sebenarnya dalam banyak2 anak aku 3 orang tu. Yang perempuan tu lebih cermat dan pandai jaga barang. Abang dia mungkin lelaki. Dari barang mainan ke peralatan sekolah, selalu je hilang atau rosak.
Bukan nak cakap apa lah....aku dulu kurang menyimpan masa sekolah. Balik sekolah je g kedai cina, beli jeruklah, beli baju2 patung yang yang boleh tukar2 tu....kertas je pun.Sebab tu lah kalau boleh aku nak anak pandai menyimpan. Kalau boleh anak kena jadi lebih bagus dari mak bapak dia. Itulah harapan aku.


Muqry dengan tabung ultraman


Kebetulan ada sorang kakak wan nie buat jual online. tabung dia comel2...aku pun beli kan untuk adik dan kakak. Abang dia x sesuai, sebab semua untuk kanak2 kecil je.

Penghargaan

Saya bukanlah berlatar belakangkan IT. Sebelum kenal dengan kawan di IS dept seperti Helmi, Nadiya. Mustapa, hanin, Awanis, dan Fauzi . Aku memang x tahu apa pasal internet, facebook apatah lagi blog. Tapi selepas aku pindah di dept IS dept. Aku mula berjinak2 dengan dunia IT. Celiklah sikit.....dah x panggil aku buta IT. Tima kasih kawan2 terutama Helmi, walaupun kadang minah nie bengang jugak dengan aku yang x pandai2 apa dia ajar. Kawan aku nie blogger yang tegar. Dia yang banyak membantu aku dalam membangun kan blog aku nie dari ala2 rumah biasa jadi banglo.


Kalau ada antara korang yang nak buat blog jadi hebat dan kek yang enak boleh mintak tolong pada Helmi. Tapi kalau ada korang nak kelihatan cantik di ari2 tertentu boleh melawat blog mekap saya dan kawan saya nadiya. Atau kalau ingin berkenalan dengan MR.Bean boleh masuk blog sini.



Tima kasih kawan2......ku kenang jasamu hingga bila2.

Peribahasa:   Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan.                    

Jan 26, 2011

Periuk oh periuk

Tahun nie dah masuk 9 tahun kawin. Next week dah nak sambut ulang tahun perkahwinan pulak tu. Alhamdullilah boleh sampai ketahap nie. 9 tahun jugalah aku guna periuk yang sama. Bukan lah selalu masak, tapi dulu masa ada pembantu rumah ari2 jugak lah masak. Lagi pun pembantu aku nie x pandai sangat jaga barang rumah. Aku nie bukan nak tukar sangat, tapi bila dah membahayakan memang harus tukarlahkan. Ditepi-tepi periuk tu bila masak keluar pula minyak yang tidak sepatutnya. Itu bahaya boleh dapat kencer pula nanti.




Itulah yang ada dalam fikiran aku sekarang untuk tukar periuk untuk kebaikkan untuk kami sekeluarga. Dalam hati memang nak cari periuk yang bagus, supaya boleh tahan lama dan alang2 nak tukar biarlah cari yang baguskan.





Impian hati nak beli corningware atau vision ke.....inyaallah....tengah tunggu sogo buat sale untuk raya nanti boleh beli kot. He he....kawan2 kat sini panggil aku ratu sogo. X kisah lah.....janji rock.....



Melawat kawan yang selamat bersalin - Awanis Zaini


Bila dapat tahu je kawan office nie selamat bersalin baby boy pagi tadi kul 5pg, rasa terharu dan gembira. Meleleh air mata aku tiba2, kawan2 office yang lain rasa hairan. Memang gitu selalu terharu dengan kelahiran baby, bukan apa aku membayangkan kesusahan kawan aku Awanis Zaini. Semalam dia dah sakit mengeras2, pergi hospital. Doktor tu suruh balik katanya jalan x bukak. Tengah ari tu pula dia keluar darah dengan banyak, pergi hospital balik. Doktor kat situ boleh kata nie biasa lah....sebab tadi dah check bukaan, mesti ada sakit dan pendarahan. Kesian lah, kawan tu dah lah sakit.....x faham lah doktor2 yang x perihatin nie. Padahal doktor perempuan tu. Sangat melampau aku rasa.





 

                                            So comel!!.....belum ada nama lagi.


Oleh kerana terlalu sakit pada malam tu, kawan saya nie pun pergi hospital lain pula. Alhamdullah...selamat melahirkan baby boy seberat 3.3kg. Sunggu tabah dan kuat kawan ku ini. Walaupun sebelum nie dia berlahirkan anak pertama secara operation . Dia nak cuba juga secara normal.  Tapi pegalamannya dia mengambarkan bersalin normal, sangatlah sakit yang teramat sgt. Sesunguhnya allah tu adil, diberi nikmat di dunia kepuasan dan keperitan sama rata.



Nak di jadikan cita, Bilik sebelah tu juga X staff office kami yang juga nak bersalin ari yang sama. Tadi saya dapat berita, dia selamat bersalin juga.....Cukup sampai di sini dulu.....aku agak mengantuk sekarang.



Ini lah hospital baru yang kami pergi.....cantik




 Saya bersama baby dan mamanya......taniah!!



 Cantik Lif hospital nie...sempat posing


                                      Ini lah dewan bersalin.....baru dan cantik



                          Kawan saya Nadiya dengan bapa baby.....Anak askar melayu



Tengoklah tu...suami kawan saya nie mmg lawak org nya


 Ok....kami dah nak balik.....hebat kawan saya nie dah boleh berjalan. Walaupun baru beranak kul 5pg tadi.


   Tengok lah suami dia nie...happy menghantar kami hingga ke pintu.....taniah bro

Jan 25, 2011

Lentik Macam Mak Dara

Pagi2 setiap ari macam jadi amalan minum jamu mak dara. Ada perasaan nak lentik macam mak dara lah. Bukan apa aku nie nak kekal rasa cantik luar dan dalam. Kadang2 bila kita dan sibuk dengan anak2. Kita lupa nak jaga diri sendiri. Jadi ini lah salah satu cara aku rasa boleh jaga dalam dan luaran .Aku ambil yang serbuk, sebab serbuk mmg lebih cepat tindak-balas dari pil.






Aku mula ambil jamu nie pada 2008 selama 4 bulan. Selepas tu aku terpaksa berhenti makan kerana mengandung anak ketiga. Masa tu berat badan aku turun, mungkin sebab tu aku senang mengandung. Makan jamu memang boleh buat kurus sikit. Sebab bila makan jamu rasa kurang berselera sikit. Dan x lapar macam sebelum2 tu. Tu yang aku suka. Sebenarnya macam cara juga aku cuba untuk kurus dan kekal cantik. Tapi bukan mudah seperti yang di gambarkan.






Mak aku dulu beranak sampai 8 orang, x keja surirumah sepenuh masa. Tapi lepas anak 5 pun orang kata dia macam tidak kawin lagi. Aku bagi alasan sekarang banyak sangat fast food. Lepas tu kurang masak kat rumah, dan banyak makan kat luar. Aku nie baru beranak 4 orang dan banyak lemak2 tepu. Tak pa dulu aku selalu nak jadikan Ziana Zain sebagai idola aku. Inyaallah....doa kan



Sarapan Pagi

Taniah pada ibu2 baru melahirkan baby dan ayah yang baru dapat baby juga. Ada 3 orang dekat office baru dapat baby. Sempena tu diaorang buat kenduri belanja semua staff kat office. Tima kasih pada kawan yang menaja sarapan pagi nie. Jom kita tengok menu2 hebat ari nie. Terbabas jugak diet aku nie.



Cheese cake hebat order dr salah sorang staff di sini....En. Rizal



                                   Roti jala....

     
                                                               Kuih serimuka


                  
                                                                  Karipap


                                                           Meehoon Goreng



                                             Ini lah penyumbang sarapan pagi kami



                                    Ini juga saya bergambar dengan sarapan pagi kami



                                   Ini lah yang aku ambil tadi.....byk jugak kan....semua nak rasa tu