Pages

Followers

Oct 24, 2011

Hasil Tangkapan Suami ku- Tangjung Karang, Selangor

Malam jumaat yang lepas saya balik kerja dalam kul 8pm. Ujan lebat pulak tu. Cik suami bagi tahu dia nak pergi kampung sebelah bapak mertua di Tanjung Karang dengan makmertua dan bapak mertua. Cik suami sibuk ajak aku dengan anak ke sana. Aku baru balik kerja, lagi pun banyak kerja rumah aku kena buat. Seperti membasuh, melipat dan mengemas....dan mcm lah. Minggu lepas dah lah balik kg....so minggu nie kena cover baliklah....

Sang suami pun berangkat dengan mak dan bapaknya. Aku tinggal lah dengan anak2 je di rumah. Maklumlah isteri nelayan. kena lah faham ...hehe. Mula2 katanya nak balik pagi2....aku dah bercadang nak bawa anak2 ku ke Taman permainan. Tiba2 dia tukar plan pulak, balik tengahari.....

Bila suami balik dengan tangkapan, gembira aku.... walaupun x banyak....cukuplah untuk kami anak-beranak. Cik suami pun belum makan tengahari, aku pun sepantas kilat masak lemak cili padi kegemarannya.... X perlu buat lauk berasingan, aku sekalikan aje ketam dan udang....udang dan ketam yang baru naik...memang manis dan segar!! rasanya. Satu pengalaman yang menyeronokkan....hehe (saja bg jeles!!)

 Udang dan ketam yang sudah bersih basuh dan bersedia untuk di masak...



Ini lah lauk yang siap di masak......

2 comments:

  1. dapnyee, terbaik,, isteri yang memahami

    ReplyDelete
  2. Alhamdullilah...rezeki sekeluarga....kena faham juga minat suami...sebab dia pun faham minat saya...tima kasih bicikut singgah sini...

    ReplyDelete