Pages

Followers

Oct 27, 2011

Belajar Suku Kata - 5 Tahun

Muqlisya Zayanah anak perempuan tunggal aku dan suami. Dia nia baru 5 tahun. Selalu aku belikan dia buku colour dan buku ABC. Ari tu masa jalan2 kedai buku. Saja aku belikan buku suku kata nie. Sebab cuti Deepavali, so aku pun nak ajar dia lah.

Selepas mandi pagi tu, aku pun start ajar dia baca suku kata. Eisya aku dah antar Tadika Johan Bistari, di Taman Nirwana pada awal tahun ari tu. Dan aku jarang paksa dia baca buku. Saja bagi kelonggaran, maklumlah baru 5tahun.

Tapi pagi tu aku kagum , dia dah tahu baca semua suku kata tu. Dan dah boleh eja perkataan yang mudah macam buku, kuku, ibu , ayam dll. Sebab sebelum nie dia tak pernah tunjuk atau tanya huruf yang dia nampak. So saya ingat dia tak belajar lagi....rupa2nya dia dah tahu semuanya.

Dan dia boleh baca sendiri satu buku tu....syabas anakku teruskan usaha. Semoga berjaya hingga ke Menara gading...amin...

Eisya sedang membaca....atas katil kegemarannya...hehe


Inilah buku suku kata yang ibu belikan....



Tekun anakku membaca buku yang ibu dia belikan....so clever!!!

No comments:

Post a Comment