Pages

Followers

Jul 20, 2011

Aku Malas Bersenam





Hari ni walau pun badan letih dan tak berapa sihat....sebab semangat kawan ku gagah kan jua untuk berjogging petang tu.... mula saya cakap dekat kawan saya nadiya....malas nak lari. Tapi bila sampai di Taman KLCC. Tengok ramai orang bersungguh lari. Boleh pulak aku lari lebih kurang 4.6km dlm masa 45minit.

Ha ha...dlm malas pun aku boleh lari macam tu. Ini semua atas semangat kawan dan keadaan sekeliling sgt membantu. Seingat aku sejak dr kecil aku memang sangat malas nak senaman dan bersukan. Dari sekolah aku tak pernah masuk acara larian waktu sukan. Sebab kalau masuk ujian tara mesti aku kalah. Aku memang lari x laju ...he he...Biasa kalau sukan memang tukang sorak duduk tepi padang je.... Tak sangka pulak aku dah tua2 nie mampu lari sejauh 4.6km!!! ... Ohh kagum jugaklah.

Sesungguhnya kesungguhan diri sendiri..... kita mampu buat apa sahaja. Walaupun sebelum nie kita tahu kita x pernah buat pun. Makna tak ada benda yang mustahil di dunia nie....Semua orang boleh....hanya kesungguhan tu yang akan menentukan kejayaan seseorang.

Apa lagi kawan2...jgn cepat putus-asa. Set satu target....dan bersungguh mencapai target anda.!!!

3 comments:

  1. pergh 4.6km tue..mia lari dgn murid2x pun x sampai 1.5km ...huhu..syabas

    ReplyDelete
  2. kagum... kagum... dlm malas jauh gak lari. Setakat ni exercise le yg akak paling malas. DVD aerobik JM tu pandai beli, tp sampai skrg x tgk & x praktikkn lagi... malas tahap tinggi ni! hehehe...

    ReplyDelete
  3. Mia-Ina & Rosh Said....sebenarnya lari dengan kawan2 dan dengan keadaan sekeliling yang betul bg semangat pada kita nak lakukan....

    Kalau ikut hati mmg malas...tu lagi semangat kawan2 tu yang buat kita rajin...he he...cubalah cari kawan2 yang membantu.Thank both of u yang rajin dtg melawat my blog.

    ReplyDelete