Pages

Followers

Nov 3, 2011

Cakar Harimau!!!!

Langkah pertama dalam urutan cakaran harimau ialah seseorang isteri
perlu mengurut tengkuk suami mereka dengan penuh kasih sayang
memandangkan bahagian itu terdapat banyak urat tegang yang perlu
diuraikan.

Langkah kedua pula, kata beliau, ialah mengurut pada bahagian bahu
hingga ke lengan dan diikuti langkah ketiga dengan membuat `jemput-
jemput' pada bahagian tulang belikat.

Langkah keempat dan kelima merupakan sentuhan yang cukup penting dan
perlu kreatif dan ia dimulai dengan `cakaran harimau' - menggunakan
kuku yang telah dipotong bermula dari bahagian tengkuk membawa ke
pinggang.

Cakaran itu hendaklah diselang-selikan dengan urutan labah-labah,
bermula dari pinggang hingga ke bahagian tengkuk. Perlu diingat
cakaran itu hendaklah berupa cakaran manja dan dilakukan dengan
penuh kasih sayang

Langkah keenam ialah dengan menggenggam kedua-dua tapak tangan dan
kemudian tepuk-tepuk pada bahagian belakang badan suami dari atas
hingga ke pinggang.

Langkah ketujuh sebenarnya merupakan satu `bonus' tambahan di mana
setelah diurut, suami berasa tenang dan seronok.

Selepas itu, bisikan kalimah sayang ke telinga suami seperti `Saya
cinta padamu'.

No comments:

Post a Comment